Friday, 28 March 2014

Lim Kit Siang minta Timbalan Menteri Pertahanan letak jawatan

Lim Kit Siang
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri sepatutnya meletak jawatan kerana melakukan kecuaian besar, dakwa Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Beliau mendakwa, jika tidak letak jawatan, Abdul Rahim patut dipecat kerana menjejaskan kredibiliti kerajaan dan negara dalam insiden kehilangan pesawat MH370.
“Dalam krisis yang kita hadapi sekarang ini, Timbalan Menteri Pertahanan membuat kecuaian dalam kenyataannya di Parlimen.
“Kesilapan Abdul Rahim menjadi lebih parah apabila beliau kelmarin mendakwa bahawa jawapan lebih tepat akan diberikan hanya setelah sisa pesawat atau kotak hitam ditemui,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Abdul Rahim kelmarin memaklumkan Parlimen Kementerian Pertahanan tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat tidak dikenali di radar tentera berpatah balik kerana menyangka mendapat arahan dari pusat kawalan.
Datuk Abdul Rahim Bakri
Bagaimanapun, keesokannya beliau memaklumkan kenyataannya bahawa pesawat MH370 mungkin berpatah balik setelah menerima arahan daripada pusat kawalan itu hanya satu andaian.
Beberapa pihak sebelum ini mengkritik Malaysia kerana radar tentera dilaporkan mengesan satu pesawat tidak dikenali yang kemudian disahkan sebagai pesawat MH370, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.
Kit Siang seterusnya mendakwa, Parlimen berhak tahu mengapa tiada tindakan susulan dibuat oleh TUDM dan pengawal lalu-lintas udara awam pada pagi 8 Mac itu, ketika MH370 baru lesap ke dalam ruang angkasa! – mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib