Thursday, 20 March 2014

Konsert Life In Color dibatalkan susulan tragedi Bukit Jalil

Konsert Life In Colour dibatalkan.
Susulan kejadian enam pengunjung maut kerana pengambilan dadah di konsert yang berlangsung di Bukit Jalil minggu lepas, sebuah lagi konsert ‘happening’ iaitu konsert Life In Color yang dirancang pada 19 April depan dibatalkan.
Lihat sajalah gambar-gambar yang disediakan penganjur di laman Facebook rasmi mereka bagi menggambarkan keadaan konsert ini sekiranya ia berlangsung kelak!



Bagaimanapun, konsert Life In Color yang diuar-uarkan sebagai “World’s Largest Paint PARTY Malaysia” diumumkan batal oleh penganjurnya pada hari ini sebagai menghormati tragedi di Konsert Future Music tersebut.
Laman Facebook Life In Color umum pembatalan konsert.
Penganjur memberi jaminan pembeli tiket akan diberikan pulangan wang penuh bagi tiket yang telah dibeli mereka.
Tindakan ini dilihat sesuai sebagai pengajaran dan menghormati sensitiviti masyarakat apatah lagi dalam keadaan seluruh negara dan dunia masih berada dalam kebimbangan terhadap nasib pesawat MH370.
Apatah lagi, banyak pihak turut meluahkan perasaan terkejut dan marah apabila baru ‘tersedar’ ada konsert berlangsung di Malaysia dalam keadaan yang tidak sesuai seperti sekarang.
Antaranya, para Imam Muda Malaysia yang beranggapan penganjuran konsert sebegini bukan sahaja tidak sesuai dengan keadaan sekarang malah menyalahi hukum agama, adat dan budaya.
Malangnya, perkara ini tidak dilihat dari sudut positif oleh pembeli tiket yang rata-rata merupakan anak muda.
Jika dilihat dari kebanyakan komen ditinggalkan, rata-rata kecewa dengan pembatalan konsert ini malah ada yang mencarut dan memaki hamun kerana tidak berpuas hati.
Agaknya kalau meninggal dunia tempoh hari saudara mara atau adik beradik mereka baru mereka tahu erti sensitiviti dan berkabung kot?
Atau kalau keluarga mereka merupakan salah seorang penumpang MH370 yang masih belum ketahuan khabar berita sampai kini, baru mereka faham bahawa hidup di dunia ini bukan untuk berseronok sahaja di saat orang lain sedang berduka.-mnh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib