Tuesday, 25 March 2014

Keluarga penumpang China tunjuk perasaan di Kedutaan Malaysia di Beijing (7 Gambar)

Keluarga penumpang China protes di Kedutaan Malaysia di Beijing.
Keluarga para penumpang MH370 di China sebentar tadi mula berarak ke Kedutaan Malaysia Beijing bagi membuat bantahan dan mengelar Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pembunuh.
Sebelum ini, seorang ahli keluarga yang tidak dikenali membacakan satu kenyataan di sebuah hotel di ibu negara China itu mengutuk MAS, kerajaan dan tentera Malaysia sebagai ‘secara berterusan melambatkan, menyorok dan menutup kebenaran’.
“Ia adalah satu percubaan untuk menipu keluarga mangsa dan cubaan menipu rakyat seluruh dunia,” kata kenyataan itu yang kemudiannya dimuat naik ke mikroblog di China.
Mereka berarak dengan azam untuk memperlihatkan tanda marah dengan apa yang disifatkan mereka sebagai rasa bersalah yang tidak boleh dimaafkan.
Sementara itu di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usul tergempar ucapana takziah kepada keluarga mangsa di Parlimen memberitahu, kejadian MH370 bukan isu politik dan sikap bersatu semua pihak amat perlu.
Beliau juga memberitahu bahawa kawasan pencarian di Lautan Hindi adalah sangat mencabar dan kerajaan berusaha sebaik mungkin untuk mengesan kotak hitam penerbangan.
Najib juga memberikan jaminan bahawa kerajaan Malaysia tidak sama sekali cuba menyembunyikan sebarang fakta atau maklumat.
Malam tadi, beliau memberitahu bahawa data satelit yang ditafsir sebuah syarikat pakar dari United Kingdom mengesahkan MH370 terhempas di selatan Lautan Hindi.
Sementara itu, kerajaan China mendesak Malaysia agar menyerahkan data satelit yang diperoleh dalam rumusan bahawa MH370 telah terhempas di kawasan yang dimaksudkan.
Proses mencari MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dihentikan beberapa negara termasuk Australia dan New Zealand pagi ini berikutan keadaan cuaca yang buruk.-mynewshub





0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib