Monday, 31 March 2014

KEJAM! Cikgu tergamak meracun 20 ekor kucing hingga mati

Tindakan yang tidak berperikemanusian sanggup membunuh kucing.
DEK kerana geram dengan kucing-kucing yang mengotorkan halaman inap desanya, seorang individu bertindak kejam memberi makanan yang mengandungi racun kepada  20 ekor kucing jiran-jirannya sehingga menyebabkan haiwan tersebut mati.
Kejadian yang berlaku di Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor ini telah dikongsikan di akaun Facebook ‘Dunia Kucing’, semalam.
Menurut pemilik akaun Nur Syamilla, perbuatan individu yang juga seorang guru itu telah dilihat oleh saksi dan laporan polis sudah pun dibuat.
Nur Syamilla membuat laporan polis.
Seorang lagi pemilik akaun, Amy Kurylenko turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dan memuatnaik gambar kucing-kucingnya yang mati dalam kejadian itu.
Keadaan kucing yang mati diracun.
Memetik Harian Metro pula, seorang penduduk, Halipah Maarof, 63 mendakwa pengusaha inap desa itu pernah memaklumkan akan memberi makanan mengandungi racun jika penduduk di kampung itu tidak menjaga kucing mereka yang didakwa sering mengotorkan kawasan inap desa terbabit.
“Saya ingatkan kata-kata itu sebagai gurauan saja, bagaimanapun Ahad minggu lalu, kira-kira jam 4.30 petang, beberapa kucing didapati berdarah di mulut dipercayai selepas makan nasi bersama ikan yang diletakkan dalam satu bekas berhampiran halaman inap desa berkenaan.
“Akibat kejadian itu, tujuh kucing saya mati, malah ada jiran yang turut mendapati kucing masing-masing yang dijumpai mati dalam parit dan longkang di sekitar Taman Seri Waja,” katanya.
Harian Metro tampil mendedahkan kes 20 ekor kucing diracun.
Menurutnya lagi, sampel makanan terbabit sudah pun dihantar ke Pejabat Veterinar Daerah dan mereka masih menunggu hasil keputusannya.
Sebenarnya, perkara ini boleh dielakkan jika kedua-dua pihak saling bekerjasama dalam mengatasi masalah ini.
Mungkin pemilik kucing silap kerana membiarkan kucing mereka berkeliaran di kawasan kejiranan, namun ia bukan alasan untuk pemilik inap desa tersebut membunuh haiwan itu kerana ia perbuatan yang boleh disifatkan sebagai kejam.-mynewshub

1 comments:

  1. walaupun nampak kejam, tapi saya sokong cikgu tu. Amaran dah diberikan tapi pemilik buat sambil lewa. Kalau saya sendiri perkara yang sama saya buat kalau kucing orang lain selalu masuk mengganggu, merosak dan buat bising terutama ketika musim mengawan macam sekarang ni. Kalau betul sayang kucing, bela baik-baik dan pastikan kucing dalam kurungan. Kalau ada aduan jiran atau sesiapa saja pasal kucing miliknya berkeliaran masuk rumah orang lain, ambil tindakan segera dan jangan buat tak kisah. Kalau buat laporan polis sekalipun takkan ada tindakan sebab kucing diracun sebab masuk kawasan orang lain iaitu kawasan peribadi. Sedangkan lembu yang dibela lepas kalau dicuri orang, polis tak boleh ambil tindakan sebab dikategorikan sebagai haiwan liar. harap maklum lah ye. Pendek kata, nak pelihara binatang, pelihara betul-betul jangan main lepas je macam jaga anak remaja sekarang ni yang ramai sangat orang buat.

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib