Wednesday, 19 March 2014

Kapten Zaharie, Fariq TAK PERNAH ‘Terbang’ Di Koridor Utara, Selatan

Kapten Zaharie dan pembantunya Fariq.
Kedua-dua juruterbang dan pembantunya dalam pesawat MH370 tiada pengalaman di kawasan operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan sekarang.
“Tiada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pengalaman kedua-dua mereka menggunakan laluan baru yang berubah daripada haluan KLIA-Beijing.
Katanya, melihat kepada koridor Utara, tiada pesawat komersial Malaysia yang terbang di laluan itu.
“(Untuk) koridor Selatan, melainkan kami terbang ke pulau-pulaunya, (tetapi) kita tidak terbang ke pulau-pulau itu,” katanya di Hotel Sama-Sama di KLIA, Sepang. – Malaysiakini.com

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib