Monday, 24 March 2014

Jantan gersang buat Dira naik angin

Dira terkilan komen negatif peminat.
DIVA ada terbaca satu luahan marah dan bengang pelakon popular, Dira Abu Zahar yang menyifatkan pengikut dan pengguna laman Facebook yang melawat gambarnya sebagai biadab dan kurang ajar. Itu semua gara-gara sekeping gambar yang dimuat-naik oleh Dira sendiri.
Diva pun ada belek juga gambar berkenaan, tidaklah terlalu seksi tetapi sudut pandang kamera membuatkan bentuk badan dan payudara Dira sedikit ketara. Untuk Diva dan kaum wanita, setakat gambar begitu tidaklah ada ertinya.
Tapi Diva terkejut juga dengan komen-komen pengikut Facebook Dira yang rata-ratanya memang keterlaluan. Tak sangguplah Diva nak ulang tulis di sini. Buat malu kaum sahaja. Bagi mereka, itu jenaka dan lawak kosong. Tapi kalau sampai macam nak ajak berasmara, memang geli-geleman kita membacanya.
Mungkin itu juga satu pengajaran buat sesiapa sahaja, gambar yang biasa-biasa sahaja bagi kita boleh jadi gambar yang luar biasa bagi orang lain, terutama orang-orang yang berlagak bijak dan baik sangat di laman sosial.
Dira tidak melenting dikritik.
Tapi Diva tabik spring kepada Dira, dia langsung tak memadamkan gambar berkenaan malah tak juga memadamkan komen-komen macam jantan gersang yang macam monyet dapat pisang dalam Facebooknya.
Dira cuma berkongsi beberapa status meluahkan rasa bengangnya terhadap komen-komen jijik yang dilemparkan untuknya. Luah Dira, dia minta maaf, orang yang berikan komen kepada gambarnya itu biadab!
"Ayat tidak agak-agak. Ada yang bapak orang. Ada anak perempuan, ada isteri. Kamu sendiri juga memalukan diri sendiri. Tegur boleh. Saya terima selama ni pun tak pernah jawab atau balas apa-apa. Saya senyapkan je. Tapi bila dah jatuh level biadab dan kurang ajar, ampun sangat. Saya memang tak boleh terima," tulis Dira yang sentap.-kosmo

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib