Wednesday, 26 March 2014

Jangan Salah Faham – MH370 Belum Ditemui – Cuma Nasibnya Sudah Disahkan

Baris ayat di atas adalah rumusan yang diberikan oleh pihak berkuasa Australia bagi menzahirkan betapa sukarnya usaha untuk mengesan serpihan dan bangkai pesawat MH370.
Analogi itu menzahirkan secara umum bahawa pasukan mencari sebenarnya belum betul-betul pasti lokasi di mana di Lautan Hindi bangkai pesawat MH370 berada.
Setakat ini seperti yang kita tahu ialah MH370 disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi seperti yang dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.
Rumusan itu dibuat berdasarkan maklumat data satelit oleh sebuah syarikat dari United Kingdom.
Sejak itu, segelintir anggota masyarakat  yang salah faham beranggapan bahawa kapal malang itu sudah ditemui.
Bukan…
MH370 masih belum ditemui.
Apa yang diumumkan semalam ialah nasib kapal itu yang telah diketahuiberdasarkan pengkajian mendalam dan teliti terhadap data satelit.
Nasibnya ialah ia terhempas di selatan Lautan Hindi.
Namun, apa sahaja serpihan atau bangkai dan jasad para penumpang belum ditemui.
Usaha mencari dan mengesan kapal itu sedang dilaksanakan secara berterusan… termasuk dalam cuaca yang buruk.
Jadi… diharap pembaca dapat membezakan apa yang diumumkan semalam dengan apa yang masih berlangsung ketika ini.-MYNEWSHUB

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib