Monday, 24 March 2014

Iklan Palsu Persenda Kehilangan Pesawat MAS

Iklan yang diedit untuk menyindir MAS.
Di saat ramai yang bimbang terhadap nasib penumpang dan anak kapal pesawat MH370, ada pihak sanggup membuat lawak dengan mengubah suai poster lama iklan pesawat MAS.
Iklan yang diubahsuai itu dilihat memperolokkan insiden kehilangan pesawat MH370. Ia berbunyi:
“Our new Boeing 777. Lose yourself on a journey of epic proportions. Whever you go no one will ever know” (Pesawat Boeing 777 baru kami. Hilangkan diri dalam sebuah pengembaraan epik. Tiada siapa akan tahu ke mana anda telah pergi.”
Hakikatnya iklan sebenar pesawat MAS tidak begitu malah ia sebenarnya merujuk kepada pesawat A380 bukannya Boeing 777 yang digunakan MH370. Iklan asal adalah
Iklan sebenar yang MAS.
“Pesawat A380 baru kami. Pengembaraan penuh epik. Kebanggaan negara kita.”
Penyebaran poster yang diedit teliti ini menimbulkan kemarahan ramai orang kerana ia amat tidak sensitif dan boleh mengelirukan.
Justeru, usahlah kita berkongsikan lagi poster PALSU ini di media-media sosial sekiranya ia dikirim oleh mana-mana rakan.
Kepada yang tidak ada kerja dan hanya mahu menangguk di air keruh atas insiden melibatkan isu nasional ini, anda memang tidak sensitif langsung kerana sanggup membuat lawak atas kesedihan orang lain. -MYNEWSHUB

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib