Sunday, 16 March 2014

Hari ke-9 berita dan updates kehilangan pesawat MH370

Berita terkini kehilangan pesawat MH370 hari ke-9
Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada ahad 16 Mac 2014. Misi pencarian MH370 kini sudah memasuki hari ke 9. Keluarga penumpang dan krew penerbangan kini boleh menarik nafas lega dengan maklumat terbaru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak. Dengan pengumuman petunjuk baru MH370, dapat memberikan harapan kepada keluarga krew dan penumpang MH370.

Tumpuan Carian MH370 Kini Diantara Dua Koridor (Utara dan Selatan)
Terma dan maksud dua koridor dikaitkan dengan tumpuan mencari dan menyelamat ke dua kawasan iaitu koridor utara dan koridor selatan. Di atas peta koridor utara merangkumi kawasan dari sempadan Kazakhstan sehingga utara Thailand. Manakala koridor selatan pula meliputi kawasan dari utara Indonesia hingga selatan Lautan Hindi. Pencarian diantara dua koridor dijalankan selepas pasukan penyiasat mengesahkan titik misteri dalam radar TUDM adalah pesawat MH370. Menurut maklumat dari data tersebut, MH370 disahkan menyimpang dari laluan asal ke Beijing.
Titik Misteri Dalam Radar TUDM Adalah Pesawat MH370
Perdana Menteri Malaysia sahkan perubahan haluan MH370 adalah disengajakan dan menyimpang dari laluan asal. Pasukan penyiasat memutuskan berdasarkan hubungan terakhir satelit dengan MH370, pesawat itu berkemungkinan berada di dua koridor iaitu utara dan selatan. Pencarian kini difokus di dua koridor. Koridor Utara dari sempadan Kazakhstan, Turkmenistan ke utara Thailand. Koridor selatan mengunjur dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Polis Siasat Rumah Kapten Pesawat MH370
Rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah disiasat polis.
Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 di Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam. Difahamkan anggota polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang (15 Mac 2014). Polis dijadual akan memberi kenyataan rasmi mengenai pemeriksaan di rumah Zaharie pada satu sidang media hari ini (16 Mac 2014).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sidang media semalam.
Pencarian MH370 Di Lautan China Selatan Dihentikan
Pencarian di lautan China Selatan dihentikan operasi memandang tidak menemui sebarang petanda MH370 di lokasi berkenaan. Pihak Malaysia dan sekutunya kini sedang melakukan carian berdasarkan titik misteri pada radar Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) yang disahkan sebagai MH370. Dengan perkembangan informasi dari satelit itu, gerakan mencari dan menyelamat di Laut China Selatan telah dihentikan dan fasa mencari dan menyelamat itu kini telah diubah.

Maksud Penjelasan Sebenar 2 Koridor
Koridor utara: sempadan Kazakhstan sehingga utara Thailand
Koridor selatan: utara Indonesia hingga selatan Lautan Hindi-melvister 

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib