Wednesday, 5 March 2014

Hanez Suraya Bakal Dirisik Mr R?

Gambar Hanez Suraya dan Mr R yang menimbulkan tanda tanya kerana statusnya yang masih suami orang.
Kontroversi terus menghimpit pelakon cantik, Hanez Suraya apabila wanita yang mendakwa masih bergelar isteri kepada kekasihnya itu mengeluarkan kenyataan berhubung hubungan yang terjalin antara mereka.
 
Seperti apa yang dilaporkan, wanita tersebut mendakwa Hanez menjadi punca kepada keretakan rumah tangga yang dibina.  Malah, hubungan mereka sebagai suami isteri dingin sejak enam bulan lalu selepas kehadiran Hanez.
 
Tidak cukup dengan itu, ibu kepada dua cahaya mata tersebut turut mendedahkan serta mempunyai bukti suaminya menjalin hubungan dengan Hanez apabila menemui gambar percutian mereka di Bangkok.
Hanez Suraya dan Mr R
Enggan membiarkan dirinya terus dipersalahkan, pelakon drama 'Love You Mr. Arrogant' itu akan mengadakan sidang media khas bagi menjawab segala tohmahan yang dilemparkan pada petang ini bertempat di One world Hotel, Damansara.
 
Sidang media yang akan diadakan itu bakal menjawab semua persoalan tentang status hubungan mereka.  Difahamkan juga, kekasihnya itu akan menghantar rombongan merisik dalam masa terdekat.  Berikut Media Hiburan Online kongsikan wajah kekasih Hanez.-mediahiburan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib