Friday, 21 March 2014

Enam individu misteri ambil gambar pesawat di KLIA diarah beredar

Harian Metro melaporkan kelibat 6 individu misteri yang mencurigakan.
Enam individu misteri yang kelibat mereka sering kelihatan berada di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diarah beredar.

Maklumat itu disahkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melalui kemaskini terbaru di Facebook rasmi PDRM hari ini.

Sejak Selasa lalu, dua warga asing dilaporkan melakukan aktiviti mengambil gambar dan nombor setiap pesawat di KLIA.

Semalam, enam lagi individu dikesan turut melakukan aktiviti sama.

Semua individu warga Inggeris terbabit dilihat duduk di anjung tinjau KLIA sambil meneropong setiap pesawat sebelum mengambil gambar dan merekodkan nombor pesawat di landasan.

Aktiviti mereka itu menarik perhatian anggota keselamatan yang kemudian meminta mereka meninggalkan kawasan itu.-Astro Awani

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib