Tuesday, 18 March 2014

Eksklusif! Luahan hati abang Sabreena Kamarudin mangsa maut di konsert

Abang kandung Sabreena Kamarudin mangsa yang meninggal semasa di konsert tampil luah isi hati.
Ketika negara sedang berdepan dugaan kehilangan pesawat MH370, kita dikejutkan dengan berita kematian 6 remaja ketika sedang berhibur dalam konsert ‘Future Music Festival Asia’ di Stadium Bukit Jalil. Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan sehingga mengalami sesak nafas.

Sehingga beberapa gambar mangsa yang mati overdose dalam konsert FMFA tersebar luas di Internet termasuk di Facebook, blog menyebabkan abang kepada salah seorang gadis muda yang mati overdose dadah yang bernama Sabreena Kamarudin tampil meluahkan isi hatinya dan meminta kerjasama dan jasa baik daripada orang ramai terhadap penyebaran gambar Sabreena Kamaruddin (adik kandungnya di Internet).
Enam remaja maut manakala tiga lagi kritikal akibat overdose dadah dalam konsert.
Baca luahan hati beliau:


Status di Facebook Sabreena Kamarudin.
Assalamualaikum,

Pada 15 Mac 2014, adik saya Sabreena binti Kamarudin telah kembali ke rahmatullah. Saya tidak menafikan apa yang dikatakan oleh media massa tentang apa yang berlaku, di mana adik saya terlibat dengan satu konsert dan telah meninggal dunia.

Arwahyarhamah merupakan seorang yang sangat baik hati, disayangi serta disenangi oleh ahli keluarga dan juga kawan-kawannya. Ramai pihak yang tidak mempercayai apa yang telah berlaku, terutamanya para guru dan sahabat handai kerana perwatakannya yang lemah lembut dan baik budi pekerti sejak dari kecil lagi. Saya sebagai abang turut terkejut dengan berita ini, dan sehingga ke saat ini masih tidak dapat menerima hakikat bahawa adik saya telah kembali kepadaNya dalam keadaan begini.

Saya masih terlibat dalam proses menyiasat dan mencari informasi tentang apa yang telah berlaku, dan saya tidak akan berhenti sehingga nama adik saya bersih seperti sediakala. Saya juga meminta kepada semua pihak agar tidak membuat spekulasi, menambah-nambah cerita, menghina atau mencaci arwahyarhamah atau keluarga. Hormatilah yang telah pergi, dan hormatilah ahli keluarga saya yang masih dalam keadaan trauma. Mereka cuma insan biasa, mereka memerlukan sokongan anda untuk menghadapi ujian dariNya.

Saya ingin meminta pertolongan anda semua agar memadam gambar-gambar arwahyarhamah yang tidak menutup aurat. Selain itu, saya serendah-rendah diri memohon jasa baik sesiapa yang membaca post ini, sama ada anda mengenali arwahyarhamah atau tidak, untuk sama-sama terus mendoakan Sabreena agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan solehah. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya agar beliau mendapat ketenangan di sana.

Ingatlah adikku dalam doamu. - Amirul Aftar. (Abang kandung Sabreena Kamarudin)


*Kini semua pihak sudah tiba masanya bertindak dengan lebih tegas dengan penganjuran acara hiburan yang melampau bercampur baur arak, pergaulan bebas dan penyalahgunaan dadah agar golongan belia yang bakal jadi pemimpin negara di masa depan tidak hanyut dan lalai dari norma negara timur. Kepentingan awam wajib diutamakan dan bukan memenuhi kehendak hawa nafsu belia dengan gejala dadah yang merupakan musuh nombor satu negara.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib