Tuesday, 25 March 2014

Dr. Ridhuan Tee Abdullah mahu tragedi MH370 dijadikan iktibar

Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah
Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah mengariskan 7 langkah yang wajar diambil iktibar selepas insiden kehilangan pesawat MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac yang lalu.

Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah tidak menghidang makanan dan minuman haram kepada penumpang dalam pesawat.

Selain itu, Ridhuan menyarankan pramugari MAS diberikan kebenaran untuk menutup aurat membiasakan anak kapal mengingati Allah ketika berada di dalam pesawat.

"Jangan terlalu mengamalkan budaya barat di dalam pesawat kerana syarikat penerbangan negara lain juga mementingkan tradisi mereka sendiri." katanya.

Ridhuan menyarankan MAS menjadikan anak kapal pesawat Thailand, Brunei sebagai contoh kerana mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara.

Anak kapal pesawat MAS juga diingatkan agar tidak hanyut dengan keseronokan di dalam pesawat, sebaliknya disematkan dengan jiwa kerohanian Islam. Selain aspek kerohanian, aspek keselamatan di lapangan terbang juga perlu dipertingkatkan.

"Pemeriksaan ketat juga perlu dilakukan. Tidak mengapa, saya rela menanggalkan dan membuka apa yang dipinta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua peralatan telekomunkasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanah air tercinta," katanya. - SINAR HARIAN, mymediahubonline

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib