Monday, 3 March 2014

Dikatakan rampas Laki Orang, Hanez Suraya Kena Serang Di Instagram

Sejak akhir-akhir ini, antara berita paling hangat diperkatakan adalah kisah Hanez Suraya yang dikatakan bercinta dan bakal berkahwin dengan suami orang.
Gosip ini bagaimanapun ditepis Hanez Suraya ketika ditemubual dalam satu program hiburan dengan alasan antaranya, jika benar dia menjalin hubungan dengan suami orang sudah tentu dia sudah lama diserang.
Ibarat kata-kata memakan diri, Berita Harian pada hari ini menyiarkan kenyataan seorang wanita yang mendakwa dirinya isteri kekasih Hanez dan secara terang-terangan menuduh Hanez merupakan penyebab keruntuhan rumah tangganya.

Wanita bernama Nurliyana Abd Manan, 29, menyatakan selama ini dia mengetahui hubungan suaminya dengan Hanez namun masih mampu bersabar.
Begitu pun kesabaran tidak lagi dapat dibendung lagi selepas Hanez memuat naik gambarnya bersama anak-anak Liyana iaitu Putra Adreeshah, 8, dan Putra Rayqarl Shah, 2 di laman Instagram.
usulan itu, laman Instragram Hanez pada pagi ini dihujani komen mengkritik dirinya



Memang panas… apa pun, nantikan saja cerita dari pihak Hanez yang akan terbit dari bibirnya sendiri tidak lama lagi.
Ini kerana Hanez sudah berjanji akan menjelaskan cerita sebenar kepada wartawan dalam satu sidang media yang akan dibuat khas selewat-lewatnya Rabu ini. – mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib