Wednesday, 12 March 2014

China puas hati usaha Malaysia kesan MH370

 
Usaha Malaysia mengesan MH370 dipuji China.
Kerajaan China setakat ini berpuas hati dengan usaha dilakukan kerajaan Malaysia dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang dari radar ketika dalam penerbangan ke Beijing Sabtu lepas.

Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Hukiang berkata walaupun terdapat laporan mengenai kritikan oleh pihak berkuasa China dan waris penumpang mengenai cara Malaysia mengendalikan operasi yang didakwa perlahan, namun perkara itu telah dijelaskan.

"Terdapat banyak kritikan tetapi bagi saya setakat ini kerajaan Malaysia telah berusaha keras dalam menjalankan operasi mencari dengan kerjasama kerajaan China berikutan desakan daripada anggota keluarga penumpang.

"Saya telah bercakap dengan wakil media China, saya katakan bahawa kerjasama mencari dan menyelamat setakat ini dijalankan dengan teratur.

"Saya mengikutinya sejak dari hari pertama, saya saksikan kelancaran operasi mencari dan menyelamat dan menerima semua laporan daripada jabatan yang terlibat," katanya kepada pemberita semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Bangunan Parlimen di sini, Selasa.-
Astro Awani

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib