Saturday, 15 March 2014

Berita Terkini Pesawat MAS MH370 Hilang hari kelapan 15 Mac 2014

Hari kelapan pencarian MH370.
Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada sabtu 15 Mac 2014. Misi pencarian MH370 sudah pun memasuki hari ke 8 operasi mencari dan menyelamat pesawat tersebut. Namun, nasib penumpang dan anak kapal MH370 masih belum lagi diketahui. Usaha untuk menjejaki MH370 masih lagi diteruskan sehingga menemui sebarang petanda kehilangan pesawat tersebut.

Operasi Mencari Dan Menyelamat MH370 Diperluas Di Lautan Hindi
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 329 anak kapal serta penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang diperluaskan ke Laut Andaman, kini dilebarkan lagi ke Lautan Hindi. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata langkah itu perlu selepas SAR diketuai Malaysia di Laut China Selatan, Selat Melaka dan Laut Andaman gagal menemui sebarang petunjuk berhubung lokasi pesawat MH370 yang hilang itu.

India Sertai Misi Mencari MH370
Operasi mencari diperluaskan.
Tentera Laut India memperluas pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang hingga ke pantai Chennai di bandar raya selatan India.  Belum ada maklumat kukuh mengapa pencarian MH370 diperluaskan hingga ke pantai Chennai. Pegawai dan anggota Tentera Laut, Tentera Udara dan Pengawal Pantai India digembleng dalam usaha mencari pesawat itu yang meliputi kawasan dari Laut China Selatan hingga ke Laut Andaman. India menggunakan dua pesawat C-130 dan sebuah helikopter Mi-17 V5 Tentera Udara selain Dornier dan P8i iaitu pesawat peninjau maritim Tentera Laut.

Misi Pencarian MH370 Diteruskan Pada Hari ke 8
Pencarian pesawat MH370 masih lagi diteruskan pada hari ke 8. Kerajaan dengan bantuan 13 buah negeri tetap meneruskan usaha pencarian pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak sabtu 8 Mac 2014.

Vietnam Kurangkan Bilangan Pesawat Misi Pencarian MH370
Vietnam mengurangkan bilangan pesawatnya yang menyertai misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak awal Sabtu lepas. Menurut kenyataan Jawatankuasa Mencari dan Menyelamatnya yang berpangkalan di Hanoi, status operasi juga sudah diturunkan daripada peringkat “segera” kepada “aktif”.

Operasi Pencarian MH370 Semakin Diperluas
Operasi kini turut dilaksana di kawasan Laut China Selatan, Selat Melaka sehingga ke Laut Andaman selepas radar tentera menunjukkan kemungkinan pesawat terbang ke arah Pulau Andaman.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib