Sunday, 30 March 2014

Bekas suami Nooraida dedah gambar Adi Putra tidak berbaju di tandas

Kes skandal Adi Putra kembali panas.
Pihak polis sebelum ini telah mengklasifikasikan kes skandal Adi Putra ini sebagai NO FUTHER ACTION pada disember tahun 2013. Namun, Hj Amiruddin yang telah bercerai dengan Nooraida berkeras mahu membangkitkan semula kes berkenaan dan dibawakan ke mahkamah demi menegakkan keadilan untuk dirinya yang didakwa oleh masyarakat kononnya dia tidak pandai menjaga isteri.

Terbaru, Hj Amiruddin memuatnaik sekeping gambar selfie Adi Putra yang hanya mengenakan tuala di bilik air di laman Instagram miliknya.


“Yes my X salad tapi the other tai mengaku” comment Hj Amiruddin dal am gambar terse but.

Motif tidak dapat dikenalpasti, barangkali masih berang dengan keadilan yang tidak menyebelahi dirinya. 
Hj Amiruddin mendedahkan gambar Adi Putra tidak berbaju di Instagramnya.

Menurut, bukti-bukti bergambar seperti itu sepatutnya didedahkan semasa awal kes. Namun Hj Amiruddin dan Nooraida yang ketika itu masih berstatuskan suami isteri hanya mendedahkan salinan rakaman sms di antara Nooraida dan sms yang kononnya dari Adi Putra.

Menurut forumer forum CARI pula, gambar topless Adi Putra ini sudah tersebar dari dulu lagi. Bermakna ia bukanlah gambar terbaru. 

Sekali lagi timbul persoalan di sini, apakah motif Hj Amiruddin yang sebenarnya?-tengoktvonline

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib