Monday, 24 March 2014

(3 Gambar) Moral segelinti remaja Melayu semakin teruk dan menyimpang

Remaja Melayu tidak segan silu bercumbuan di tempat awam.
Rasa sedih ada, nak marah pun ada malah lagi banyak bila tengok cara budak-budak sekarang yang makin menipis rasa malu. Jika sebelum ini ada video remaja baru nak akil baligh dah pandai luahkan sayang melangit pada kekasih, sejak akhir-akhir ini makin ramai pula menggunakan gambar untuk berkongsi perkara serupa.

Yang tak tahan tu, paparkan gambar mencium kekasih lepas itu siap minta didoakan semoga hubungan mereka kekal.Apa kejadahnya campur adukkan doa dengan perkara maksiat dik? Mustahil asas agama pun tak tahu, kan. Yang ini pula, gambar tengah ‘comolot’ baik punya pun nak dimuatnaik di Facebook. Apa agaknya yang ada dalam fikiran saat mereka menekan butang share ye?

Mungkin mereka rasa perbuatan ini sesuatu yang urban lagi hip untuk dipertontonkan agaknya. Mungkinkah mereka lupa, kalau pun mereka tidak ada rasa malu tapi keluarga terutama ibu bapa pasti ada perasaan begitu jika melihat anak yang baru setahun jagung sudah ‘advance’ sampai begini rupa di belakang mereka. Silap-silap yang sedap anak yang tak tahu malu ini tapi yang bakal dipersalahkan sah-sah ibu bapa padahal depan mereka si anak mungkin pijak semut pun tak mati.

Di bawah ini pula, tersilap menimbang perkara yang betul dan salah. Memanglah gambar yang dimuatnaik bukan gambar dengan bukan muhrim tapi sedar tak sedar, apa dilakukannya menghampiri dosa yang lebih besar.

 Kononnya daripada dicium lelaki lebih baik berciuman dengan sesama jenis.
Aksi remaja perempuan berciuman sesama jenis.
Kesimpulannya tak kisahlah bagaimana posisi mahu pun alasan gambar dimuatnaik, budak-budak zaman sekarang nampaknya makin nipis akhlak, iman dan malu.

Bayangkan yang anda tonton ini adik beradik atau anak sendiri, apa agaknya yang bakal budak-budak ini terima bila balik rumah nanti? -pengasahpencil

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib