Sunday, 2 March 2014

(10 Gambar) Pegawai Imigresen maut nahas superbike rempuh pacuan empat roda

Mangsa maut selepas motosikal rempuh kereta.
Seorang Pegawai Imigresen maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang sedang membuat pusingan U di Kilometer 3.5 jalan Arau Kangar, di hadapan Taman Repoh, dekat sini, semalam.

Mohd Anis Amran, 34, yang bertugas di Kompleks Kastam dan Imigresen Bukit Kayu Hitam dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian apabila cedera parah di bahagian kepala.

Menurut rakan mangsa, Ahmad Sirajudin Md Zain, 35, sebelum kejadian dia dan mangsa mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Jejawi, dekat sini untuk meneruskan perjalanan bagi menyertai Perlis Bike Festival 2014 di Kangar.

Katanya, apabila sampai di hadapan Taman Repoh mangsa gagal mengelak lalu merempuh kenderaan yang sedang membuat pusingan U.

“Kejadian berlaku terlalu cepat, saya lihat dia terpelanting selepas merempuh kereta tersebut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Status terakhir mangsa.









Seorang lagi rakannya yang enggan dikenali berkata, sehari sebelum kejadian, mangsa mengemas kini status di Facebooknya seolah-olah dia mahu pergi selamanya.

Dalam status tersebut arwah menulis, 'Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang disekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah Al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, dalam kejadian kira-kira 10 pagi semalam, mangsa dipercayai dari rumahnya di Batu 2 ½ Jalan Batu Pahat dalam perjalanan ke Kangar.

Katanya, pemandu kereta yang berusia 70 tahun yang dalam perjalanan ke rumahnya di Repoh tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Keterangan pemandu tersebut telah diambil dan polis akan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-
Sinar Harian, FB DAily TRaffic REport

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib