Sunday, 9 February 2014

Zizan Razak dominasi Anugerah Meletop Era 2013

Zizan Razak bolot empat dalam Anugerah Meletup Era 2013.
Pelawak Zizan Razak menggondol Anugerah Meletop Era 2013 apabila memenangi empat kategori membabitkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 dan trofi dalam acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Sabtu malam.
Zizan memenangi kategori Fesyen Meletop dan Bintang Siber Meletop yang setiap satunya memperuntukan wang tunai RM5,000 dan trofi.
Bagi Anugerah WeChat Meletop pula dia mendapat RM15,000 manakala Top Top Meletop (Lelaki), wang tunai diterimanya ialah RM10,000 beserta trofi.
Tempat kedua tertinggi dimenangi oleh Hafiz Suip yang mendapat tiga anugerah iaitu bagi kategori Grup/Duo Meletop gandingannya bersama Datuk Siti Nurhaliza, Lagu Meletop(Bahagiamu Deritaku) dan Penyanyi Meletop.
Hafiz Shuip dapat tiga trofi.
Menerusi Lagu Meletop, Bahagia Mu Deritaku berjaya menewaskan lagu popular sepertiGalau (Siti Nurhaliza), Infiniti Cinta (Zizan & Kaka), Kita (Forteen) dan Muara Hati (Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza).
Bagi tiga anugerah itu, Hafiz memperoleh wang tunai keseluruhan RM15,000 dan juga trofi sumbangan Astro.
Pelakon Love You Mr Arrogant iaitu Zara Zya pula turut mendapat wang tunai RM15,000 apabila memenangi kategori Top Top Meletop (Wanita) yang memperuntukkan RM10,000 dan Artis Baru Meletop (RM5,000).
Pelawak Nabil Ahmad mendapat dua anugerah iaitu Couple Meletop iaitu gandingannya bersama isteri, Nazirah dan Penyampai Baru Radio Meletop di Era FM.
Manakala filem KL Gangster 2 memenangi Filem Meletop sementara Aaron Aziz yang turut berlakon filem sama dipilih sebagai Bintang Filem Meletop.
Aaron Aziz dipilih Bintang Paling Meletup.
Kategori lain yang diperkenalkan ialah Program Radio Meletop (Johara Pagi Era), Program TV Meletop (Maharaja Lawak Mega 2012) dan Bintang TV Meletop (Jep Sepahtu - Super Spontan 2013).
Penyanyi Sleeq dari Singapura pula memenangi kategori Artis Serantau Meletop mengalahkan Afgan, Randy Pangalila, Smash dan Tegar.
Anugerah Meletop Era 2013 dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan Neelofa.
Majlis tersebut turut dihiburkan dengan persembahan Datuk Hattan, Mark Adam, Najwa Latif, Azheal AF 2013, Altimet, Awi Rafael, Hazama, Stacy, Hafiz Suip dan Cakra Khan.
Anugerah ini merupakan sebuah acara pengiktirafan karya kreatif penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.
Ia adalah kolaborasi antara program Meletop di Astro Ria dan radio Era FM yang mana pemilihan pemenang dilakukan menerusi undian secara dalam talian.
Anugerah Meletop Era 2013 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Maya HD.-mstar
Senarai penuh pemenang Anugerah Meletop 2013:
Top Top Meletop Lelaki: Zizan Razak
Top Top Meletop Wanita: Zara Zya
Lagu Meletop: Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
Penyanyi Meletop: Hafiz Suip
Program Radio Meletop: Johara Pagi Era
Penyampai Baru Radio Meletop: Nabil - Era FM
Grup/Duo Meletop: Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza
Filem Meletop: KL Gangster 2
Bintang Filem Meletop: Aaron Aziz - KL Gangster 2
Program TV Meletop: Maharaja Lawak Mega 2012
Bintang TV Meletop: Jepp Sepahtu - Super Spontan 2013
Bintang Siber Meletop: Zizan Razak
Couple Meletop: Nabil Ahmad dan Nazirah
Artis Baru Meletop: Zara Zya
Fesyen Meletop: Zizan Razak
Artis Serantau Meletop: Sleeq
Artis WeChat Meletop: Zizan Razak

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib