Sunday, 9 February 2014

Watha Moorthy letak jawatan Timbalan Menteri dan Dewan Negara

P Waytha Moorthy
Pengerusi Hindu Rights Action Force (Hindraf) P Waytha Moorthy akan meletakkan jawatan daripada semua jawatan kerajaan dan Dewan Negara pada Isnin ini.
   
Setiausaha Hindraf P. Ramesh dalam kenyataannya hari ini berkata Jawatankuasa Pusat Hindraf sebulat suara memutuskan supaya Waytha Moorthy, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meletakkan jawatannya pada Isnin.
   
Hindraf menandatangani satu memorandum persefahaman dengan kerajaan pada 18 April tahun lepas dalam usaha menyelesaikan masalah sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.
   
Ramesh mendakwa Hindraf sudah berputus asa meneruskan usaha itu selepas lapan bulan Waytha Moorthy menerima jawatan kerajaan untuk menerajui pelaksanaan perjanjian itu.
   
"Satu-satunya kekesalan Hindraf ialah kami tidak dapat menunaikan janji untuk melakukan perubahan terhadap masyarakat India yang miskin menerusi inisiatif ini. Kami memohon maaf kerana memberikan pengharapan ini kepada mereka," katanya. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib