Wednesday, 12 February 2014

Wak Doyok Nafi Terasa Hati Dengan Neelofa

Pakaian Neelofa disamakan watak drama Dragon Ball.
Sebelum ini, ramai pihak membuat andaian bahawa ikon fesyen terkenal, Wak Doyok terasa hati dengan kata-kata Neelofa yang mengatakan dirinya berasal dari Indonesia ketika mengacarakan Anugerah Meletop Era, Sabtu lalu.
Lantas, bagi membalas kritikan terhadap aktres itu, Wak Doyok dilihat seakan memerli Neelofa dalam laman Instagramnya dengan memuat naik gambar watak power rangers merah jambu yang dikaitkan dengan fesyen ‘disaster’ Neelofa pada malam itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Wak Doyok berkata kepada portal Gua,
Neelofa seksi di Anugerah Meletop.
“kalau boleh saya tak nak komen sebab apabila saya komen, orang akan kecil hati. Tapi bila dah jadi macam ini, saya terpaksa bersuara. Saya tidak tujukan gambar tersebut kepada mana-mana pihak. Saya tidak ada isu dengan Neelofa kerana saya tak ada masalah jika dia cakap saya dari Indonesia. Cuma saya hanya marahkan pereka baju dia saja”.
Selain itu, Wak Doyok menyatakan Neelofa tidak bersalah kerana berpakaian sedemikian sebaliknya kesalahan itu sepatutnya diletakkan di bahu pereka fesyen yang tergamak mereka pakaian sebegitu.
Namun menurutnya lagi, sebagai seorang selebriti, artis tersebut mempunyai hak untuk menolak daripada menggayakan pakaian yang dirasakan tidak sesuai dengan dirinya bagi mengelak perkara sebegini daripada berlaku.-mnh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib