Thursday, 6 February 2014

T-Team kesal kenyataan pemain pertahanan Muhd Irfan Abdul Ghani

Mohd Azraai Khor Abdullah
PENGURUSAN T-Team kesal dengan kenyataan pemain pertahanannya Ifran Abd Ghani yang jelas menyebelahi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berhubung insiden perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lepas.
  
Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizan Mohd Zain berkata, tindakan pemain yang berasal dari Johor itu hanya memburukkan keadaan apatah lagi ia dibuat sebagai memihak pasukan lawan.
  
Katanya kenyataan Ifran itu menimbulkan tanda tanya kerana pemain itu tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan itu.
  
Irfan mendakwa tidak melihat sebarang kecederaan dialami oleh pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasaan Stefano Impagliazzo yang kononnya dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT.
  
"Sebagai pemain simpanan, mereka kebiasaannya memanaskan badan di padang ketika kesebelasan utama menuju ke bilik persalinan pada waktu rehat separuh masa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Syahrizan pemain yang berusia 25 tahun itu juga didapati tidak memaklumkan tindakannya membuat kenyataan itu kepada pengurusan T-Team.
  
Katanya, perkara terbabit akan dibincangkan dengan pengurusan tertinggi T-Team untuk tindakan susulan.
  
Hari ini, Irfan telah membuat satu kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berhubung kejadian Sabtu lalu tanpa pengetahuan pihak pengurusan T-Team.
  
Pada perlawanan tersebut, T-Team enggan meneruskan saingan babak kedua atas faktor keselamatan selepas mendakwa Rodrigues dan Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan.
  
JDT mendahului 2-1 pada ketika itu.
  
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarakat khas berhubung insiden tersebut esok.-
bernama

Sementara itu jurulatih T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah meminta agar skuad bimbingannya itu bersikap jujur dan berakhlak mulia dalam sesuatu hal bagi membolehkan kehidupan selamat di dunia dan akhirat.

"Wahai anak-anak Titans, hidup perlu jujur dan berakhlak mulia. Supaya selamat di dunia dan akhirat," katanya di laman Facebook.

Difahamkan, beliau berkata demikian susulan kenyataan terbuka pemain T-Team, Irfan Abd Ghani kepada pemberita selepas membantu siasatan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.-sh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib