Friday, 28 February 2014

Status Facebook terakhir petanda ajal seorang gadis

tatus terakhir gadis dalam Facebook seolah-olah tahu ajal bakal menjemputnya.
Status Facebook Terakhir Gadis Yang Meninggal Seakan Tau Ajal | Innalillahi wa inna ilaihi rajiun….dukacita dimaklumkan bahawa Adiba Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah. Moga Allah menempatkannya di kalangan para solehin dan shuhada’. Tolong doakan keampunan buat beliau dan mendapat rahmat dan belas ihsan Allah swt. Doakan juga segala amal solehnya diterima Allah swt.”
Bayangkan suatu hari nanti, waris saya akan menulis di ruang status begini. mungkin ramai yang akan menjenguk wall melihat status terakhir saya atau status apakah yg sering diupdate. mungkin jugak ramai yang akan text / call number saya. tapi antara yang sibuk bertanya kesahihannya, berapa pulak yang akan datang pada hari pengebumian saya atau sedekahkan Al-Fatihah ataupon bacakan Yasin untuk saya ?

Kemalangan antara sebuah bas dan motosikal yang meragut nyawa Yasmin.
Itulah antara satu status ucapan takziah kepada diri sendiri oleh seorang seorang remaja bernama Dieba Yazt Mien di dalam Facebooknya yang ditulis pada 7 Februari 2014, 15 hari sebelum satu kemalangan berlaku di Kampung Perana, Langkawi pada minggu lepas, 22 Februari 2014.yang meragut nyawanya.
Status takziah kepada diri sendiri pada 7/2/2014.
Apa yang lebih menyayat hati, 22hb Februari itu juga merupakan tarikh ulang tahun kelahiran beliau. Mungkin ia hanyalah satu kebetulan. Namun sehari sebelum kejadian itu juga, Adiba turut memuat naik status seakan-akan menduga hari itu merupakan hari terakhir beliau.
“esok nak have fun puas-2 ^_^ mana lah taw kod-2 esok malam last aku hidup :) dan aku senyum depan semua yang aku sayangg:)

Status terakhir beliau di Facebook.
Walaupun dalam status tersebut, beliau mengatakan hendak bergembira puas-puas. Tapi sebenarnya beliau bukanlah seorang gadis yang suka bersosial dan berhibur. Melalui komen rakan-rakan beliau mengatakan Adiba seorang budak yang baik dan maksud bergembira itu hanyalah bersama keluarga dan rakan sekolah.


Kisah ini pasti menyentuh hati setiap insan yang membacanya. Apapun ajal maut ditangan tuhan. Seperti apa yang tertulis dalam status beliau pada 7hb lepas, marilah kita doakan Allahyarham Adiba Yasmin Ahmad ditempatkan dikalangan para solehin dan shuhada’ dan semoga beliau mendapat rahmat dan belas Ihsan Allah swt. Aminnnn. Al-Fatihah.-tengoktvonline

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib