Tuesday, 4 February 2014

Sharifah Sakinah beri sebab isu tunjuk pusat

Gambar Sharifah Sakinah menujukkan perutnya.
“Itu hanya dalam gambar tapi (bila) di luar saya tak dedah pusat atau badan pun,” jelas pelakon Sharifah Sakinah berhubung tabiatnya memuat naik gambar menampakkan pusat dan perut di akaun Instagram miliknya.
Sakinah atau nama sebenar, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, dikecam teruk peminat kerana perbuatan yang dianggap tidak sensitif sebagai Muslimah dan melanggar adat ketimuran. 
Ketika dihubungi, adik kepada pelakon Sharifah Shahira ini berkata, dia tidak pernah ambil peduli pada kritikan masyarakat kerana perkongsian gambar menerusi medium itu bertujuan baik iaitu menggalakkan peminat mementingkan kesihatan. 

“Niat dan tujuan saya cuma satu iaitu mengajak orang bersukan dan menerapkan budaya sihat dalam kehidupan. Saya tayang perut dan pusat sebab nak beri inspirasi pada orang ramai.
“Saya faham sensitiviti masyarakat dan saya sedar tindakan itu (memuat naik gambar) berisiko, tapi niat saya baik.
Memuat naik gambar di Instagram.
“Sebab itu apa juga orang kutuk atau tegur saya tak pernah melawan. Saya tak kisah apa orang nak cakap sebab saya tahu tujuan saya,” katanya. 

Sambungnya, dia tidak sewenang-wenang memuat naik gambar yang menjolok mata jika ia melampaui batas atau keterlaluan. 

“Gambar yang saya kongsi itu semuanya menunjukkan saya sedang bersenam. Bukannya gambar tidak senonoh atau lucah. 

“Saya tahu saya beragama Islam dan tahu hukum menayangkan aurat itu satu dosa, tapi saya percaya itu hak masing-masing. 

“Perkara ini susah nak jelaskan sebab masing-masing ada persepsi sendiri. Selagi mak saya kata okey, saya tak fikir ia melampau,” katanya.-hm

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib