Monday, 17 February 2014

Remaja 17 tahun dirogol lebih lima lelaki

Gadis 17 tahun dirogol lebih lelaki.
Seorang remaja berusia 17 tahun dirogol seorang kenalan yang dikenali di laman sosial selepas diajak keluar dan dibawa ke rumah lelaki tersebut di Kampung Geting di sini.
Lebih malang, remaja itu juga turut dirogol bergilir-gilir lebih lima lelaki merupakan rakan teman lelakinya yang baru dikenali di laman sosial itu.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, remaja terbabit mengenali lelaki itu yang dikenali Edi sejak awal Februari ini menerusi laman sosial.
Bagaimanapun, katanya pada Jumaat lalu, remaja terbabit telah keluar dari rumahnya pada jam 11.30 malam di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kota Bharu setelah dijemput Edi.
“Edi membawa mangsa pulang ke rumahnya di Kampung Geting menaiki motosikal.
“Setibanya di rumah tersebut, Edi telah menarik tangan mangsa masuk ke dalam bilik lalu merogolnya,” katanya.
Menurutnya, remaja terbabit mendengar suara orang di dalam rumah tetapi Edi memberitahu itu suara abangnya.
“Kemudian beberapa lelaki telah masuk dan merogol mangsa bergilir-gilir.
“Dua daripada mereka mencekik leher mangsa apabila mangsa cuba melepaskan diri,” katanya.
Zaharudin berkata, keesokan paginya Edi menghantar mangsa pulang ke rumah di Pangkalan Chepa.
Katanya, susulan daripada laporan diterima, polis menjalankan siasatan dan menahan lima suspek berusia 16 tahun hingga 20 tahun dan direman tujuh hari berakhir 22 Februari ini.
“Manakala lima lagi suspek termasuk Edi sedang diburu polis.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. -sh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib