Saturday, 22 February 2014

PUSAT TAHFIZ AMAL DIARAH TUTUP, PENGETUA HIDUP MEWAH PERALAT PELAJAR?

Add caption
Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang. Yang mencuri dan merompak satu hal, ini jenis lagi melampau apabila memperalatkan anak-anak yatim atau pelajarnya untuk mengutip derma kemudian digunakannya untuk kepentingan diri sendiri.


Kecoh menerusi media sosial apabila tersebarnya beberapa keping gambar individu yang didakwa sebagai pengetua sebuah pusat tahfiz sedang berhibur dan hidup mewah hasil kutipan derma yang dilakukan para pelajar.

Bagaimanapun menerusi laporan Sinar Harian semalam, pusat tahfiz berkenaan iaitu Pusat Tahfiz Amal di Km 17, Jalan Kuala Kedah-Yantelah diarah menghentikan operasi melalui notis arahan tutup oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) pada 10 Februari 2014 lalu. Timbalan Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jaik, Mohd Fadil Ab Rahman berkata pihaknya akan melakukan pemantauan susulan bagi memastikan pengurusan sekolah mematuhi arahan notis tutup itu. Beliau berkata notis itu telah ditandatangani Pengarah Jaik, Datuk Noh Dahya yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12(1) Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini mengesahkan pusat tahfiz tersebut bernaung di bawah ajaran Azhar Wahab atau ajaran Al-Mansur yang difatwakan sesat. Difahamkan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 membincangkan mengenai ajaran Azhar Wahab dan memutuskan ia bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada Islam.-amboi

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib