Thursday, 20 February 2014

Penyanyi Aina Tasneem kemalangan, kereta masuk longkang

 
Kereta penyanyi Ainan Tasneem masuk longkang.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem dilaporkan terlibat dengan kemalangan jalan raya di Kangar, Perlis malam tadi.


Menurut Ainan melalui laman Instagram, kereta yang dinaikinya dan empat orang rakan lagi hilang kawalan disebabkan keadaan jalan yang licin dan bengkang-bengkok serta tiada lampu jalan.

Bagaimanapun, Ainan bersyukur kerana semua penumpang dan pemandu hanya mengalami kecederaan ringan walaupun kereta rosak teruk.

"Kemalangan berlaku dalam perjalanan ke Sungai Chuchuh ke Wang Ulu melalui jalan Sungai Batu Pahat. Jalan sangatlah licin.

"Kawan baik saya yang memandu kereta mengalami sedkit trauma," maklumnya menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Ainan turut meminta pihak media supaya memberikannya sedikit masa sebelum sebelum diajukan berhubung insiden itu.

"Terima kasih di atas keprihatinan anda semua.. jujur saya sangat terharu dan menghargai. Cuma berikan sedikit masa kepada saya untuk berehat...," tulisnya. gota bomba setelah mengalami kecederaan akibat terjun dari bumbung rumah jiran.-sh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib