Sunday, 9 February 2014

Pemain T-Team sedia angkat sumpah al-Quran

Pemain T-Team bersedia bersumpah.
PEMAIN Islam pasukan T-Team bersedia mengangkat sumpah menggunakan al-Quran seperti yang diminta oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berhubung insiden di Larkin, Johor Baharu baru-baru ini.
    
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Ab Rasid Jusoh berkata kesemua pemain itu bersedia mengangkat sumpah itu pada bila-bila masa.
    
"Kita masih menunggu tarikh sesuai untuk mengangkat sumpah al-Quran berkenaan. Kesemua pemain bersedia melakukan perkara itu pada bila-bila masa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
    
Semalam, Menteri Besar Terengganu itu meminta para pegawai dan pemain T-Team mengangkat sumpah al-Quran berhubung insiden pada perlawanan Piala FA ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Februari lepas.
    
Ab Rasid berkata T-Team juga akan memberi tumpuan kepada saingan Liga Super selepas ini.
    
"Sudah pasti kita akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam saingan Liga Super. Bahkan kita akan bermain bersungguh-sungguh dalam memastikan dapat menyaingi pasukan lain untuk memperbaiki kedudukan Liga Super," katanya. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib