Monday, 17 February 2014

Mayat ADO Pejabat Tanah Kuala Terengganu Ditemui

Lokasi Wan Hariff Rafany Wan Muda ditemui
Mayat Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda, 35, yang dilaporkan hilang sejak malam hari Jumaat (14 Februari), telah ditemui di sungai Kampung Tajin Kuala Berang.

Bomba memaklumkan pihaknya menerima panggilan telefon jam 11.50 pagi ini dari orang awam, dikatakan seorang pemancing, melaporkan kejadian itu.
Wan Hariff Rafany Wan Muda
Mayat tersebut telah dibawa ke hospital Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.
Semalam, pihk polis menyatakan, siasatan terhadap kes kehilangan Wan Hariff tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md. Jamil berkata, malah penemuan kereta Audi milik mangsa berhampiran Pejabat Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang pagi semalam juga mendapati tiada sebarang kesan mencurigakan.
Kereta Audi milik mangsa yang ditemui di Kuala Berang.
Justeru, katanya pihak polis juga menafikan kes Wan Hariff Rafany berkait dengan penculikan.
“Polis menerima laporan berkaitan kehilangan individu ini dan berkemungkinan dia tidak pulang ke rumah kerana mempunyai urusan di luar. Orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, mangsa sebelum ini pernah bertugas di Pejabat Tanah Hulu Terengganu.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib