Tuesday, 18 February 2014

Erra Fazira, Engku Emran sah bercerai talak satu

Erra Fazira sah bercerai dengan Engku Emran.
KEMELUT rumah tangga penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira akhirnya terjawab apabila dia disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sebentar tadi.
Menurut sumber Berita Harian, Hakim Syarie, Mohammad Adib Hussain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.
Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.
Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan Engku Aleesya kepada Engku Emran.
Engku Aleesya anak Erra dan Emran.
Sebelum ini memang terdapat ura-ura mengatakan hubungan pasangan ini bermasalah namun Erra tidak pernah mengulas lanjut mengenai perkara itu di mana-mana media.
Sebelum berkahwin dengan Engku Emran, Erra pernah mengahwini pengarah filem, Yusry KRU  pada Jun 2003.
Namun mereka bercerai tiga tahun kemudiannya.
Erra yang sinonim dengan gelaran Primadona Filem Melayu, juga pernah dilaporkan bercinta dengan Awie dan Hans Isaac.-my news hub

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib