Tuesday, 4 February 2014

Datuk Ong Kim Swee dilantik jurulatih sementara Harimau Malaya

Datuk Ong Kim Swee jurulatih sementara Malaysia.
JURULATIH Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee dilantik selaku pengendali sementara skuad Harimau Malaya sehingga pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen 5 Mac ini.

Keputusan ini diumumkan oleh Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Sri Subahan Kamal pada sidang media di Wisma FAM hari ini.

Subahan berkata, pelantikan pengendali berusia 44 tahun itu dibuat memandangkan mereka kesuntukan masa untuk mencari jurulatih baru bagi mengendalikan skuad kebangsaan selepas perbincangan untuk mengambil bekas jurulatih kebangsaan Jepun Phillipe Troussier dari Perancis baru-baru ini gagal mencapai kata sepakat.

"Memang kita pernah berbincang dengan Phillipe tapi selepas perjumpaan di Kuala Lumpur baru-baru ini menemui jalan buntu, maka kami membuat keputusan untuk membatalkan niat bagi mendapatkan khidmat bekas jurulatih Jepun itu.

"Oleh itu, kami telah bersetuju untuk memberi kepercayaan kepada Kim Swee bagi membawa cabaran negara pada perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia menentang Yemen Mac ini.

"Saya selaku pengurus kebangsaan amat yakin dengan kredibiliti yang dimiliki oleh Kim Swee untuk membawa pasukan kita ke tahap yang lebih tinggi.

"Jadi,  saya berharap pengumuman ini dapat menghentikan pelbagai khabar angin mengenai siapa yang sepatutnya menjadi pengendali bola sepak kebangsaan," katanya.-sh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib