Tuesday, 4 February 2014

Bekas pengurus restoran didapati bersalah rogol budak, dipenjara 12 tahun

Riduan Masmud dipeluk anak dan isteri selepas mahkamah menjatuhkan hukuman.
Seorang bekas pengurus restoran dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang budak perempuan berusia 12 tahun enam bulan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Hakim Ummu Khatom Abd Samad membuat keputusan itu selepas menilai hujahan bertulis pihak pendakwaan dan pembelaan.

Tertuduh, Riduan Masmud, 41, didakwa melakukan perbuatan itu di dalam sebuah kereta di Inanam kira-kira jam 10 pagi, 18 Februari tahun lalu.

Ummu Khatom juga memerintahkan tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun selepas tamat menjalani hukumannya itu.


Terdahulu, Riduan sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila bertindak mengahwini mangsa berusia 12 tahun.



Namun, mahkamah membenarkan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan.-hm

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib