Thursday, 6 February 2014

Anak Paul Walker warisi harta RM83 juta

Gambar kenangan Meadow dengan mendiang bapanya.
Anak perempuan Paul Walker yang baru berusia 15 tahun, Meadow Rain Walker, dijangka mewarisi harta bernilai kira-kira RM83 juta berikutan kematian bapanya, akhir tahun lalu.

Bintang Fast & Furious itu juga menyatakan dalam wasiatnya, beliau mahu ibunya, Cheryl, menjadi penjaga remaja berkenaan. 
Pelakon berusia 40 tahun yang terbunuh bersama-sama rakannya, Roger Rodas, pada 30 November lalu apabila kereta yang mereka naiki terbabas di Santa Clarita, California, menamakan anak tunggalnya itu sebagai waris bagi keseluruhan harta dimilikinya dalam wasiat yang ditinggalkan. 
Menurut laman gosip TMZ, Walker juga melantik bapanya, Paul Sr, sebagai orang yang bertanggungjawab melaksanakan perkara itu.

Remaja berkenaan ketika ini tinggal bersama ibunya, Rebecca Soteros, namun mula menetap bersama bapanya secara sepenuh masa sejurus sebelum kemalangan menimpa.

Perbicaraan mahkamah berhubung pewarisan dan penjagaan anak Walker dijadualkan berlangsung pada penghujung bulan ini.

Menurut sumber, Walker pernah merancang untuk berhenti berlakon dan menghabiskan lebih banyak masa bersama anak perempuannya. Beliau juga amat gembira apabila remaja itu berpindah ke kediamannya.-bh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib