Thursday, 27 February 2014

(4 Gambar) Dua beradik perempuan rentung rumah terbakar

Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa kebakaran.
Dua beradik berusia tiga dan empat tahun yang ditinggalkan oleh kakak mereka untuk mengambil seorang lagi adiknya yang tamat sesi persekolahan, rentung dalam kebakaran sebuah rumah setinggan di Pulau Sebak, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mayat Olivia Natasha Eddy, 3, dan kakaknya, Christina Christy, 4, ditemui berdekatan antara sama lain selepas operasi memadamkan api selesai.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di-Hata Gobel berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada pukul 1.17 petang dan sebuah jentera bersama lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Keadaan rumah selepas terbakar.
Katanya, operasi memadamkan api terpaksa dilakukan dengan menggunakan pam mudah alih yang diangkut dengan bot merentasi sebatang sungai selebar 50 meter.
"Ini berikutan kawasan itu tidak boleh dimasuki melalui jalan raya. Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.28 petang dan sebaik sahaja tiba, api marak dan rumah diperbuat daripada kayu itu 100 peratus telah musnah.
"Api dipadam sepenuhnya pada pukul 2 petang. Hasil pemeriksaan, bomba menemui dua mangsa di dalam rumah," katanya di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Supritendan Madang Usat ketika dihubungi hari ini berkata, semasa kejadian, kakak kedua-dua mangsa keluar untuk mengambil seorang lagi adiknya dari sekolah manakala ibu bapa mereka bekerja.-utusan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib