Wednesday, 5 February 2014

4 beradik tidak fasih berbahasa Malaysia?

Empat beradik dibawa ke Malaysia.
Sosial media hari ini memberi tumpuan kepada kisah empat orang anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden dimana mereka dikatakan tidak fasih berbahasa Malaysia.

Dalam laporan Astro AWANI semalam, bapa saudara kepada empat beradik itu berkata, mereka kurang fasih berbahasa Malaysia disebabkan berada di perantauan sejak kecil lagi.

Beliau turut menambah bahawa kanak-kanak tersebut kurang memahami dialek Kelantan memandangkan dari kecil mereka belajar di sekolah antarabangsa.

Rata-rata di laman Twitter, orang ramai menyuarakan rasa simpati kepada empat beradik itu, tidak kurang juga yang mempertikaikan mengapa mereka tidak fasih berbahasa Malaysia.

Menurut Editor Astro AWANI, Zan Azlee sewaktu bertemu dengan empat beradik tersebut di Sweden baru-baru ini, salah seorang daripada mereka, Aishah boleh berbahasa Melayu dengannya.

“Mula-mula saya bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan Aishah. Tetapi selepas itu saya tukar kepada Bahasa Melayu pula dan Aishah faham serta boleh berbahasa Melayu,” kata Zan Azlee.-
astro awani

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib