Wednesday, 22 January 2014

Terengganu belasah Shahzan Muda

Saha mengambil sepakan penalti.
Terengganu menepati ramalan apabila membelasah pasukan kelab dari Pahang, Shahzan Muda 4-0 pada pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, malam tadi.
Pesta jaringan Terengganu bermula menerusi penyerang import Marcio Souza Da Silva apabila mudah menanduk masuk gol pertama hasil tendangan sudut MD Fakhrurazi Musa pada minit ke-11.
Selang 25 minit selepas itu, Abdul Manaf Mamat yang tidak dikawal melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk gol kedua tuan rumah. Keghairahan pasukan tuan rumah menambah jaringan hampir membawa padah apabila tandukan Muhd Hariz Fazrin nyaris menghasilkan gol pertama pelawat yang dibimbing bekas jurulatih Terengganu, Tajuddin Nor . Penyerang dari Brazil, Marcio Souza yang memperoleh deretan peluang akhirnya menambah gol ketiga skuad Penyu apabila rembatan kencangnya menerjah jaring selepas berlaku pergelutan dalam kotak penalti.
 Seminit sebelum babak pertama tamat, pemain sayap Mohd Ashari Samsuddin gagal mencetak nama sebagai penjaring apabila tidak berupaya memanfaatkan sepakan penalti selepas Mohd Zubir Azmi dijatuhkan pemain lawan Nor Abdah Alif Nazaruddin.
Bersambung babak kedua perlawanan, pasukan tuan rumah terpaksa menunggu hingga minit ke-76 untuk gol keempat apabila hantaran Mohd Norfarhan Muhamad berjaya disudahkan Zairo Anuar Zailani.
Terengganu yang makin bernafsu memburu gol gagal memanfaatkan sekurang-kurangnya 10 peluang terbaik untuk menambah jaringan biarpun menguasai perlawanan hingga wisel penamat.-hm
Keputusan lain :-
Uitm FC 2-3 T-Team FC
K.Lumpur 0-4 Kedah
Melaka 1-2 Perlis
PBAPP FC 2-0 Cebagoo FC
Selci 3-1 Munyu
PDRM FC 1-0 KL SPA
Lions XII 3-0 DRB Hicom FC
Perak 2-2 Pahang (Pahang menang penalti 5-4)
Kuantan FA 0-1 Sabah
PKNS FC 3-2 JDT 2
Terengganu 4-0 Shahzan Muda FC
Sime Darby FC 2-1 ATM
N.Sembilan 0-1 Felda United
Sarawak 2-1 P.Pinang

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib