Sunday, 26 January 2014

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Harun Taib

Allahyarham Datuk Harun Taib.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib.
Harun meninggal dunia akibat serangan jantung tengah malam tadi.
“Takziah kepada keluarga Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS yang telah meninggalkan kita. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah,” kata Najib dalam entri twitter beliau.
Harun, 70, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Terengganu kira-kira 12.10 tengah malam.
Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Manir itu dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dimasukkan ke hospital berkenaan pada Jumaat.
Harun merupakan antara tokoh utama PAS yang lantang menentang penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut bukan Islam. –-bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib