Sunday, 12 January 2014

Perodua Alza baru lebih murah 2.1% hingga 7.4% dari model sebelumnya

Perodua Alza 2014 baru yang ditambah baik.
Perodua Alza terbaharu yang dilancarkan hari ini telah dikurangkan harganya sebanyak RM1,117 hingga RM5,517 sebuah berbanding model yang sama sebelum ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pengurangan harga dilakukan selepas melaksanakan penjimatan kos operasi di kilang dan kos pembekal sejak beberapa tahun.

Tambahnya, meskipun berhadapan dengan pelaksanaan gaji minimum dan kenaikan tarif elektrik, Perodua lebih awal telah bersedia untuk menghadapai risiko-risiko tersebut.

“Selain pengurangan harga, kami turut memperkenalkan ciri-ciri tambahan ke atas Alza ini. Ini semua adalah selari dengan usaha kerajaan untuk menawarkan kenderaan pada harga mampu milik kepada rakyat," katanya pada majlis pelancaran Alza baharu di sini.
Harga Perodua Alza baru mengalami sedikit penurunan harga.
Pembaharuan dalam kemasan dalaman.

Antara ciri tambahan adalah sistem keselamatan yang dipertingkatkan, reka bentuk luaran dan dalaman yang diperbaharui, sistem audio visual moden, pemasangan sistem penentu kedudukan satelit (GPS) dan kamera video untuk mengundur kenderaan yang berbeza mengikut varian.

Alza itu didatangkan dengan lima jenis warna iaitu merah, ungu, kelabu, hitam dan putih.
Model kenderaan pelbagai guna (MPV) itu boleh didapati di kesemua rangkaian Perodua di seluruh negara mulai esok, dengan tempoh menunggu kira-kira sebulan. Perodua menjangka 4,300 buah Alza mampu dijual setiap bulan pada tahun ini.-utusan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib