Wednesday, 29 January 2014

Penunggang Motosikal Maut Diseret 40 kilometer


Keadaan motosikal mangsa.
Seorang penunggang motosikal maut dan anggota badannya hancur selepas terbabit dalam kemalangan dipercayai dengan kenderaan berat sebelum diseret sejauh lebih 40 kilometer, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, serpihan daging dan motosikal mangsa jenis Honda EX5 ditemui di Kilometer 274.2 arah Selatan kira-kira 800 meter ke susur keluar Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Ipoh.
Pemeriksaan melalui nombor pendaftaran motosikal yang ditemui, mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Mahmud, 25, beralamat di Lot 15 Kampung Majidi, Serdang, Kedah yang dalam perjalanan dari kampungnya ke tempat kerja di kilang PROTON di Tanjung Malim, dekat sini.
Ketika kejadian keadaan cuaca baru lepas hujan dan jalan licin.
Difahamkan ibu mangsa sudah dimaklumkan mengenai kemalangan ngeri itu-hm

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib