Thursday, 30 January 2014

Pengacara WHI Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan Bercerai

Fizza Sabjahan
Pengacara WHI Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan sah bercerai talak satu dengan ahli perniagaan Afief Farhan Fauzi di Mahkamah Rendah Syariah pada 29 Januari 2014. Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin mengesahkan cerai talak rajie itu setelah membenarkan permohonan perceraian secara baik yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak terlibat.

Terdahulu,  personaliti TV3 yang dikenali sebagai Fiza, 32 pernah membuat permohonan cerai yang difailkan pada 1 Ogos 2013 yang lalu namun dibantah oleh suaminya. Permohonan cerai berkenaan adalah atas dakwaan tidak memberi nafkah sejak mereka berkahwin, tiga tahun lalu.
Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan dan Afief Farhan Fauzi ketika majlis perkahwinan mereka.

Pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan hari ini sah bercerai talak satu dengan ahli perniagaan Afief Farhan Fauzi di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin mengesahkan cerai talak rajie itu setelah membenarkan permohonan perceraian secara baik yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak terlibat.

Sebelum itu, mahkamah membenarkan personaliti TV3 yang dikenali sebagai Fiza, 32, untuk menarik balik perceraian melalui fasakh yang difailkan sebelum ini. -utusan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib