Thursday, 23 January 2014

Felixia Yeap ditawar jadi aktres

Felixia Yeap
Langkah bekas model Playboy, Felixia Yeap, 27, menukar penampilan berhijab sejak akhir tahun lalu, membuka lembaran baru dalam kerjayanya apabila mula ditawarkan berlakon.
Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee, berkata beliau menerima tawaran menjadi pelakon wanita utama sebuah telefilem tempatan awal bulan ini yang memulakan penggambaran di Lembah Klang, minggu lalu.
"Saya terkejut dengan tawaran itu, namun gembira kerana watak ditawarkan sangat sesuai dengan penampilan sekarang yang membolehkan saya mengekalkan imej berhijab.
"Saya memang sudah lama teringin berlakon, namun tidak pernah temui watak sesuai. Jadi, saya pendamkan saja hasrat itu," katanya.
Sebelum ini, BH melaporkan, Felixia yang pernah menjadi model majalah Playboy Filipina, Julai lalu dan `Gadis Arnab' Kelab Playboy Macau pada 2011, kini lebih selesa memakai pakaian sopan terutama baju kurung dan jubah.
Felixia juga berhijab apabila tidak terbabit dengan sesi fotografi atau tugasan peragaan. Beliau turut mengumumkan secara terbuka untuk lebih memilih dalam menimbang tawaran peragaan dan mengelak terbabit dalam tugasan yang memerlukannya beraksi seksi dan mengghairahkan.-bh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib