Wednesday, 15 January 2014

Cristiano Ronaldo rampas anugerah Ballon d'Or dari Messi

Cristiano Ronaldo berjaya menangi Ballon d'Or
BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo memenangi anugerah Ballon d'Or untuk kali kedua.

Ronaldo melalui laman Twitternya awal pagi tadi berkata, anugerah yang dimenanginya kali kedua itu amat bermakna buat dirinya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukannya.

"Sangat berbangga dengan kemenangan anugerah Ballon d'Or untuk kali kedua, ia sangat bermakna kepada saya," tulisnya.

Tiga nama berentap untuk memenangi anugerah tersebut iaitu Ronal, Lionel Messi dan Franck Ribery.

Ronaldo menitiskan air mata gembira.
Ronaldo telah mencatatkan skor gol sebanyak 66 daripada 56 perlawanan untuk kelab dan negara sepanjang 2013, dan juga sebagai pemain yang memberi kelayakan Piala Dunia 2014 untuk Portugal dengan memperolehi tiga gol pintar yakni 'hattrick' di Sweden.

Beliau juga telah mengalahkan Messi yang juga tersenarai sebagai calon pemenang anugerah tersebut sejak empat tahun lalu, yang turut ketinggalan dalam enam minggu perlawanan akhir akibat kecederaan yang dialaminya.

Messi berjaya menjaringkan gol sebanyak 42 dalam 45 penampilannya bersama Barcelona dan Argentina serta turut memenangi La Liga dan Copa del Rey.

Manakala seorang lagi calon anugerah tersebut, Ribery, 31 telah membawa Bayern Munich menikmati satu musim kemenangan trebel iaitu Bundesliga, Liga Jerman dan Liga Juara-Juara serta membantu Perancis untuk kelayakkan Piala Dunia.-sh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib