Wednesday, 1 January 2014

Buruh mengaku pukul, sebabkan kematian Mek Yam

Mohd Ashraf dipenjara sembilan tahun dan empat sebatan
Seorang penyamun yang tergamak membelasah Mek Yam, seorang wanita bisu sehingga cedera parah dan meninggal dunia dua minggu selepas kejadian samun itu, menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Mohd Ashraf Osman, 21, dari Jerteh, Besut, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah telah melakukan rompakan, dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa, Mek Yam Awang Ya, 68, di sebuah rumah di Felda Tenang, Besut.

Dia yang juga seorang buruh itu mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan itu pada 14 Disember lalu, kira-kira jam 1 pagi.

Siasatan mendapati, motif kejadian disebabkan Mohd Ashraf mengalami masalah kewangan untuk membeli dadah.

Dia turut mengakui memukul mangsa menggunakan sebatang besi sehingga menyebabkan kecederaan parah dan mengaku mengambil barang milik mangsa iaitu wang tunai berjumlah RM40 dan dua bentuk cincin.

Terdahulu, Mohd Ashraf yang memakai baju lokap berwarna ungu kelihatan menangis teresak-esak di kandang pesalah semasa hukuman dibacakan terhadapnya atas kesalahan itu.-sh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib