Thursday, 30 January 2014

Bekas Penyanyi Mengaku Bersalah Tipu Sembilan Individu Lebih RM200,00

Mohd Qhairol Iqhssan Yusof
Bekas penyanyi Kumpulan Tiga pada Rabu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang terhadap tujuh daripada sembilan pertuduhan menipu membabitkan sembilan individu berjumlah RM235,400 tahun lepas.
Mohd Qhairol Iqhssan Yusof, 28, yang ketika kejadian merupakan pegawai bank, mengaku bersalah terhadap empat dakwaan menipu Afiq Adham Mustamin, 28, NurHidayah Mohd Yusof, 30, Mohammad Faizal Ahmad, 33, dan Mohd Afendy Izani Arizal, 35, yang mendorong mereka menyerahkan wang RM139,700 sebagai bayaran pendahuluan pinjaman perumahan.
Tertuduh dari Sandakan, Sabah turut mengaku bersalah terhadap dua tuduhan menipu Nazim Mustapah, 28, dan Rosli Ahmad, 41, dengan memperdayakan mereka mempercayai bahawa dia adalah wakil Ambank yang mengurus dan meluluskan permohonan pinjaman perumahan mereka sehingga mendorong mangsa menyerahkan RM47,950 kepada tertuduh.
Mohd Qhairul yang pernah menyanyikan single pertama berjudul 'Pengakuan'juga mengaku bersalah terhadap tuduhan menipu Mohd Firdaus Satir@Satar, 29, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM8,750 sebagai bayaran yura guamankepadanya.
Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dua dakwaan menipu Maya Haryanto, 21, yang juga anggota Kumpulan Tiga dan Hairul Faizal Mohd Siraj, 32, sehingga mendorong kedua-dua mangsa menyerahkan masing-masing RM26,500 dan RM12,500 kepadanya. Wang itu diserahkan kepada tertuduh sebagai bayaran pendahuluan pinjaman perumahan dan untuk bayaran penyelesaian penuh pinjaman peribadi.
Kesemua pertuduhan dilakukan di Ambank Bhd Cawangan Bandar Baru Ampang, No. 5G & 7G, Jalan Wawasan Ampang 2/10, Bandar Baru Ampang antara 31 Mei hingga 30 Sept, tahun lepas dan dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Ummi Aliza Ab Kadir memohon jaminanRM20,000 dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan dengan alasan kesalahan yang dilakukan serius.
Bagaimanapun peguam S. Parvin yang mewakili Mohd Qhairul memohon jumlah jaminan RM10,000 bagi kesemua pertuduhan kerana anak guamnya itu telah mengakubersalah dan menjimatkan masa mahkamah.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan tertuduh diikat jamin RM171,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan yang memerlukan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan seminggu sekali.
Mahkamah menetapkan 7 Februari depan untuk sebutan bagi mendengar fakta kes dan jatuh hukum.
Bagaimanapun tertuduh gagal membayar wang jaminan dan dihantar ke penjara Sungai Buloh. -Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib