Monday, 27 January 2014

Azraai Khor lega T-Team bangkit tewaskan JDT

Fabio Flor dan Safee Sali.
PENGENDALI pasukan T-Team Mohd Azraai Khor Abdullah merasa lega pasukannya bangkit untuk menewaskan Johor DT 1-0 dalam saingan Liga Super di laman sendiri malam tadi.
   
Mereka sebelum ini kalah kepada Selangor dalam perlawanan pertama.
   
"Syukur, ini satu kemenangan yang begitu bererti buat musim baharu Piala Liga Super bagi T-Team setelah tewas ditangan Selangor dalam perlawanan awal," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.
 
Kegembiraan itu lebih bermakna apabila T-Team rata-rata diwakili pemain muda berbanding Johor DT yang dibarisi pemain bertaraf bintang.
   
"Sekalung tahniah kepada pemain-pemain yang telah mnjelmakan satu kemenangan yang bergitu bermakna dan cemerlang malam ini (malam tadi)," katanya.

Mohd Azraai berkata, kemenangan itu akan menjadi penyuntik semangat kepada pemain-pemainnya untuk menghadapi pasukan abang mereka (Terengganu) pada perlawanan seterusnya.
   
Bagi ketua pasukan Johor DT Mohd Aidil Zafuan, kekalahan di tangan T-Team tidak mematahkan semangat mereka kerana menurutnya perjalanan liga masih jauh.
   
"Kita akan berjuang habis-habisan apabila bertemu T-Team dalam  pertandingan Piala FA nanti," katanya.  - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib