Tuesday, 28 January 2014

Artikel 88 bakal dakwa Ismail Zakaria dan B Sathianathan?

Ismail Zakaria dan B Sathianathan.
Nasib jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) B Sathianathan dan Sime Darby FC Ismail Zakaria sama ada akan dipanggil menghadap Jawatankuasa Tatatertib FAM ataupun tidak atas dakwaan mengkritik mutu pengadilan Liga M hanya bakal diketahui hari ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya sedang meneliti secara mendalam kenyataan yang dilemparkan oleh kedua-dua jurulatih dari pasukan Liga Super itu yang dikatakan melanggar Artikel 88 Statut FAM. 

Biarpun saingan Liga M baru bermula, isu mutu pengadilan sudah dibangkitkan dengan Ismail menjadi jurulatih pertama menyuarakan rasa tidak puas hati itu apabila menyaksikan skuad kendaliannya tewas 1-2 kepada Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, 18 Januari lalu selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada tuan rumah.
Manakala Sathianathan pula membidas keputusan pengadil selepas pasukan bimbingannya terkandas pada aksi pusingan pertama Piala FA apabila tumpas 1-2 di tangan Sime Darby di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selasa lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufek Abd Razak meminta Jabatan Undang-Undang FAM supaya menyiasat kenyataan itu sama ada ia menghina, mencemuh atau mencampuri hal ehwal FAM biarpun pindaan Artikel 88 membenarkan ketua jurulatih untuk bersuara.

Jika didapati bersalah di bawah Perkara 18 Kod Tatatertib FAM, kedua-dua jurulatih itu boleh dikenakan hukuman minimum penggantungan empat perlawanan dan maksimum dua tahun.-
hm

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib