Sunday, 22 December 2013

Terengganu berkunjung ke Indonesia untuk latihan pramusim

Tonggak utama Terengganu untuk musim 2014.
SKUAD penyu akan mengadakan lawatan ke Indonesia selama 10 hari mulai esok untuk menguji para pemain sebelum mengharungi Liga Malaysia yang bakal membuka tirai bulan depan.
      
Pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata, selain sebagai sesi pemanas badan, pihaknya juga mahu melihat sejauh mana keserasian antara pemain import dengan pemain tempatan.
      
"Kami akan membawa seramai 25 orang pemain termasuk empat pemain import untuk menguji sejauh mana pencapaian dan prestasi mereka," katanya.

Beliau berkata, Terengganu di bawah kendalian Abdul Rahman Ibrahim akan menguji kepaduan gandingan barisan penyerang yang baharu antara Penyerang Terbaik Malaysia 2013 Norfarhan Mohamad dan pemain import Mamadau Hady Barry (Guinea) atau Marcio Souza Da Silva (Brazil).
      
Akan turut dilihat ialah sejauh mana bisa penyerang tempatan antara Manaf Mamat, Mohd Faiz Subri, Norhakim Hassan dan Izzaq Faris Ramlan.

Saha dan Zairo ketika latihan.


Marzuki berkata, kemantapan sebenar para pemain tidak dapat diukur dalam latihan sebelum ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kerana keadaan padang yang becak dan basah ekoran musim tengkujuh.
      
"Kita harap di Indonesia nanti, kita akan dapat melihat sejauh mana kelemahanan dan keserasian pemain-pemain untuk diatasi kelak," katanya.
      
Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, dalam kunjungan itu, Terengganu akan bertemu Kelab Madura, Arema Malang, Persik Kendiri dan Gersik.
      
Sekembali dari Indonesia, Terengganu akan bertemu pula Harimau Muda pada 6 Januari dan Pahang pada 11 Januari.
      
Barisan pemain yang akan dibawa ke Indonesia ialah Izzudin Hassan, Muhaimi Omar, Mamaf Mamat, Vincent Bikana (Cameroon), Nik Zul Nik Zawawi, Zairo Anuar Zailani, Ismail Faruqi Ashari, Marcio Sauza, Norfarhan Mohamad,  Azlan Zainal, Izzaq Faris Rahman, Hasmizan Kamaraodin, Fahkrurazi Musa, Nasril Izat Jalil, Zubir  Azmi, Khairul Ramadan, Nordin Alias, Mamadou Hady Barry, Mario Karlovic (Australia), Norhakim Hassan, Ashaari Shamsudin, Faiz Subri, Sharmiza Yusof dan Sharbinee Alawee. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib