Thursday, 26 December 2013

Soo Wincci tersenarai 100 wanita tercantik dunia

Soo Wincci tidak lupa diri.
Nama Soo Wincci pastinya tidak asing lagi buat penggemar program masakan popular Masterchef Malaysia.
Terbaru, Soo Wincci telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada 100 wanita tercantik di dunia untuk tahun 2013 yang dikeluarkan oleh Independent Critics yang berpangkalan di United Kingdom dan Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Wincci berjaya menduduki tangga ke 91, di hadapan nama-nama besar Hollywood yang lain antaranya Rosie Huntington-Whiteley dan Amanda Seyfriend yang masing-masing menduduki tangga 93 dan 100 dalam carta tersebut.
Gelaran Wanita Tercantik pula diraih aktres Marion Cotillard.
Pemenang Miss World Malaysia 2008 dalam reaksinya berhubung perkara itu berkata kepada Harian Metro, “berita nama saya tersenarai dalam carta itu membuatkan saya bangun semula untuk bekerja keras mengharumkan nama negara”.
Sementara itu, Wincci kini masih lagi sibuk dengan proses rakaman rancangan Masterchef Allstars yang disiarkan di Astro Ria pada setiap hari Sabtu hingga Selasa.-mnh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib