Sunday, 15 December 2013

Singapura ujian sebenar buat Harimau Muda

Ong Kim Swee memberi arahan kepada anak buahnya.
PERTEMUAN menentang Singapura petang ini, menjadi medan ujian sebenar buat juara bertahan bola sepak Sukan Sea, Harimau Muda selepas permulaan baik dalam dua perlawanan Kumpulan A sebelum ini. lapor, NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH.

Semalam, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee mencatat kemenangan bergaya menewaskan Laos 4-1 sebelum menang ke atas Brunei 2-0, Selasa lalu.

Kemenangan itu meletakkan skuad negara di landasan tepat untuk mara ke separuh akhir, sekali gus mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Indonesia dua tahun lalu.

Ini kerana selepas mengutip enam mata maksimum daripada dua perlawanan, hanya satu kemenangan sahaja perlu dicari Malaysia daripada baki dua saingan kumpulan, iaitu menentang Singapura dan Vietnam pada 17 Disember bagi mengesahkan tiket separuh akhir.

Bagaimanapun Kim Swee berkata, menentang Singapura adalah lebih mencabar dan pasukan negara pasti akan diuji sepenuhnya kerana lawan adalah pasukan yang kuat.
"Kemenangan yang penting dengan Laos petang semalam. Kini ujian sebenar menentang Singapura bagi menentukan tempat ke separuh akhir.

“Saya belum fikirkan pasal perlawanan pada peringkat separuh akhir kerana kita masih beraksi pada peringkat kumpulan dan apa yang penting pada ketika ini adalah untuk memikirkan perlawanan berikutnya.

“Jika layak ke separuh akhir baru saya boleh cakap pasal perkara tersebut,” katanya menerusi Twitter.

Sementara itu, penyerang sensasi dari Sabah, Rozaimi Abd Rahman mengucapkan syabas hasil kemenangan kedua yang dicatat skuad negara.

"Syabas kepada semua pemain. Tiga mata yang penting. Sekarang fokus pertemuan akan datang menentang Singapura," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib